Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani

Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani
Penyambung Ulama Palembang

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

Penyelidikan awal yang saya lakukan terhadap ulama besar ahli sufi yang berasal dari Palembang, Sumatera Selatan ini dimulai dengan terdapat sebuah kitab berjudul Badi’uz Zaman, karyanya yang disebut oleh Syeikh Ahmad al-Fathani dalam karyanya Al-Fatawal Fathaniyah. Ada satu permasalahan Syeikh Ahmad al-Fathani tidak sependapat dengan Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani itu, yaitu mengenai perbahasan sifat “harus bagi Allah”. Menurut Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani “harus bagi Allah ada empat perkara”, sedangkan menurut Syeikh Ahmad al-Fathani dan pendapat ulama ahli tauhid “harus bagi Allah itu hanya satu sahaja”, yaitu “memperbuat sekalian mungkin atau meninggalkannya”.

Bertahun-tahun saya mencari kitab Badi’uz Zaman karya Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani itu akhirnya diperoleh juga, bahkan banyak lagi karangan beliau selain itu dapat saya kumpulkan. Pada mulanya ada beberapa perkara yang saya ragukan terhadap ulama ini, di antaranya sebuah karyanya yang diselesaikan pada tahun 1259 Hijrah/1843 Masehi dan karya beliau yang terakhir disebutkan bahwa diselesaikan dalam tahun 1324 Hijrah/1906 Masehi.

Memperhatikan tahun yang tersebut itu berarti beliau telah hidup pada zaman Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan masih hidup pula pada zaman Syeikh Ahmad al-Fathani. Berarti dari penulisan pertama hingga yang terakhir memakan waktu sekitar 65 tahun. Mengenai nama beliau pula ada yang ditulis dengan menggunakan Muhammad bin Abdullah al-Azhari al-Falimbani dan yang lain dengan Muhammad Azhari bin Abdullah al-Falimbani.

Dalam buku Masuk dan Berkembangnya Islam di Sumatera Selatan, tercatat nama yang lain pula, iaitu Kiyai Haji Kemas Muhammad Azhari atau dikenal juga dengan sebutan Kiyai Syeikh dan Kiyai Pedatukan. Disebutkan juga riwayat yang sangat ringkas mengenainya, “Beliau sangat mendalami ajaran Islam, dan mungkin merupakan orang Indonesia pertama menuntut ilmu serta melakukan pengembaraan ke negeri-negeri Arab, Mesir, Syria, dan India serta negeri-negeri lainnya. Beliau diikuti oleh puteranya iaitu Haji Kemas Abdullah Azhary”(2).

Terakhir sekali biografi yang agak lengkap mengenai anaknya ditulis oleh Syeikh Yasin Padang dalam beberapa buah bukunya banyak dapat menolong ke arah jawaban kemusykilan-kemusykilan penyelidikan terhadap ulama ini.

PENDIDIKAN

Nama lengkapnya adalah As-Shufi as-Syeikh Muhammad Azhari bin Abdullah bin Muhammad Asyiquddin bin Shafiyuddin Abdullah al-‘Alawi al-Husaini. Mengenai guru-guru beliau dalam beberapa tempat karyanya ada beliau catatkan di antaranya, “Maka inilah salasilah Thariqat al-Khalwatiyah as-Samaniyah, turun-turun tempat mengambil zikir dan kaifiyatnya bagi Wali Allah yang terlebih takut akan Allah Taala, iaitu Quthbur Rabbani dan arif yang shamadani, guru kita dan penghulu kita, iaitu asy-Syeikh Muhammad bin asy-Syeikh Abdul Karim as-Samani yang telah masyhur. Dan sesungguhnya telah mengambil talqin zikir ini oleh faqir Muhammad Azhari ibnu Abdullah al-Falimbani. Ia mengambil daripada asy-Syeikh Muhammad Aqib bin Hasanuddin al-Falimbani. Ia mengambil daripada asy-Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani. Ia mengambil daripada Quthbul Akwan Saiyidinasy Syeikh Muhammad Saman al-Madani…”

Pada tempat yang lain Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani menyebut Syeikh Ma’ruf bin Abdullah (belum jelas apakah sama dengan Syeikh Abdullah bin Ma’ruf seperti yang tersebut di atas). Selain itu beliau menyebut bahwa menerima Thariqat Qadiriyah kepada Syeikh Muhammad Zainuddin as-Sumbawi. Ia mengambil daripada Syeikh Muhammad Mukrim, Mufti Hamad di Syam. Menurut Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani lagi bahwa Syeikh Muhammad Zainuddin as-Sumbawi itu adalah penyusun kitab Tuhfatul Qudsiyah.

Pada bacaan hadiah al-Fatihah pula disebut beberapa orang ulama, iaitu Syeikh Abdul Lathif Musyarri’, Syeikh Abdur Rahman Musyarri’, Syeikh Abdullah Amin al-Haji Bastam. Kemungkinan yang beliau sebutkan ini adalah guru-guru beliau, yang beliau sebut sebagai Syaikhuna.

Belajar

Selain sumber asli Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani sendiri seperti yang telah dinukil di atas, daripada sumber Syeikh Yasin Padang pula beliau menyebut nama-nama guru Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani itu. Bahwa beliau belajar kepada ayahnya Syeikh Abdullah. Syeikh Abdullah belajar kepada ayahnya Syeikh Asyiquddin. Syeikh Asyiquddin belajar kepada beberapa orang ulama iaitu Muhammad Murad as-Sandi, Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi al-Madani, Muhammad bin Abdul Karim Saman, Abdul Wahhab at-Tantawi, Sa’id bin Hilal al-Makki. Semua ulama tersebut adalah murid kepada Ahmad bin Muhammad an-Nakhali, Abdullah bin Salim al-Basri dan Sayid Muhammad bin Abi Bakar asy-Syibli. Ketiga-tiga ulama ini adalah murid asy-Syamsu Muhammad bin al-‘Ala al-Babili.

Kemudian Syeikh Yasin Padang menyebut pula daripada silsilah yang lain, bahwa Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani adalah murid kepada Syeikhah Fatimah binti Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani. Syeikhah Fatimah ini adalah murid ayahnya sendiri, iaitu Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, sanad/silsilah beliau ini ada beberapa jalur, tetapi tidak disebutkan di sini.

Dari silsilah lainnya Syeikh Yasin Padang menyebut pula bahwa Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani murid kepada Sayid Ahmad bin Muhammad al-Hadhrawi. Beliau adalah murid kepada ayah dan datuknya asy-Syihab Ahmad bin Ahmad al-Mansuri. Beliau murid kepada Sayid Muhammad Murtadha az-Zabidi, Muhammad al-Amir al-Kabir, Abi Abdillah Muhammad bin ‘Aqilah al-Makki al-Ahdal dan Abdul Ghafur as-Sandi.

Kesimpulan daripada silsilah/sanad di atas dan hasil kajian dari karya-karya Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani sendiri yang menyebut nama beberapa orang ulama yang berasal dari Palembang, terutama yang menjadi rujukan utama dan pegangan kukuh bagi beliau ialah Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, bahkan Syeikh Muhammad Azhari adalah murid Fatimah anak Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, maka dapat dipastikan bahwa beliau sebagai ulama penyambung aktivitas-aktivitas penulisan ulama Palembang.

Pada pandangan dan pendapat saya sesudah Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, Palembang, Sumatera Selatan nampaknya dalam kekeringan ulama yang terjun ke dunia penulisan kitab. Dengan kemunculan Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani yang pertalian keilmuannya mempunyai hubungan dengan ulama-ulama Palembang secara asli, maka dapatlah kita anggap bahawa beliaulah tokoh terbesar ulama Palembang sesudah Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani yang sangat terkenal itu.

KARYA-KARYA DAN PEMIKIRAN

Berikut ini karya-karya Syeikh Muhammad Azhari bin Abdullah al- Falimbani yang telah ditemui ialah:

1. ‘Atihyatur Rahman fi Bayani Qawa’idil Iman, ditulis pada tahun 1259 H/1843 M. Kitab ini banyak kali dicetak bersama karya gurunya Syeikh Muhammad Zainuddin bin Muhammad Badawi Sumbawi berjudul Sirajul Huda. ‘Athiyatur Rahman sentiasa dicetak di bahagian tepi Sirajul Huda

2. ‘Aqaidul Iman li Ma’rifatil Ilahir Rahman, diselesaikan di Mekah, 18 Safar 1309 Hijrah/1891 Masehi. Dicetak dengan huruf batu di Singapura pada 8 Syawal 1319 Hijrah/1901 Masehi, iaitu naskhah yang disalin oleh ‘Alwi bin Idrus al-‘Aidrus.

3. Badi’uz Zaman fi Bayani ‘Aqaidil Iman, diselesaikan di Mekah, 21 Rabiulakhir 1310 Hijrah/1892 Masehi, cetakan pertama dan ketiga oleh Mathba’ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah (pertama 1310 Hijrah dan ketiga 1329 Hijrah).

4. Bidayatur Rahman, 1324 Hijrah/1906 Masehi. Pernah dicetak oleh Mathba’ah al-Miriyah, Mekah, 1330 Hijrah/1911 Masehi.

5. Amalan Doa ‘Ukasyah Bergantung Makna Serta Dengan Syarahnya, tanpa disebutkan tarikh penulisan. Dicetak di tempat Haji Muhammad Sa’id bin Haji Arsyad, Singapura. Cetakan ini diusahakan oleh seorang muridnya Hasan bin Abdusy Syukur.

Tasawuf

Apabila kita mengkaji pemikiran Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani, maka sebahagian besar jalan pemikirannya menjurus kepada pemikiran tasawuf dan sedikit pemikirannya mengenai tauhid. Selain itu dari sudut sastra Melayu beliau juga menggubah beberapa untaian syair.

Menurut Syeikh Muhammad Azhari bahwa jalan tetap iman itu ada kalanya mengambil dalil daripada ayat al-Quran, hadis dan pandangan yang membawa kepada ‘ilmul yaqin‘, dan adakalanya dengan ‘musyahadah‘ akan ‘Kamal Sifat-Nya‘. Syeikh Muhammad Azhari, memetik pendapat Syeikh Tusi, mengenai martabat orang ‘ahli syuhud’, yang diuraikan dengan agak panjang.

KETURUNAN DAN MURID

Mengenai anak Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani yang menjadi ulama terdapat dua sumber dalam karya bahasa Arab. Kedua-duanya ialah tulisan Syeikh Abdullah Mirdad Abul Khair judul Nasyrun Naur waz Zahar. Sumber yang kedua ialah karya Syeikh Yasin Padang dalam Tasyniful Asma’ Syuyuhil Ijazah was Sama’, juga dalam Bulughul Amani.

Syeikh Muhammad Azhari telah mendidik anaknya itu, kemudian menyerahkannya belajar kepada beberapa orang ulama terkenal di Mekah. Anak beliau yang tersebut bernama Syeikh Abdullah Azhari, lahir di Mekah, menurut Syeikh Abdullah Mirdad Abul Khair. Tetapi menurut Syeikh Yasin Padang, bahawa beliau lahir di Palembang, malam Khamis, 18 Syaaban 1279 Hijrah/1862 Masehi. Wafat pada hari Ahad, 16 Zulkaedah 1357 Hijrah/1938 Masehi, dalam usia lebih kurang 78 tahun. Pada masa hidupnya bergiat dalam mengajar di Mekah dan usaha penanganan Syeikh Haji.

Keturunan beliau selanjutnya tidak disebut dalam karya kedua penulis yang tersebut, namun sampai pada masa berakhirnya sistem Syeikh Haji di Mekah masih terdapat tanda nama Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani. Ini bererti keturunan beliau masih aktif dalam pengurusan Syeikh Haji di Mekah pada masa itu.

Selain Syeikh Abdullah Azhari sebagai anak, sekaligus adalah muridnya, barangkali ada banyak murid Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani itu, di antaranya ialah Haji Hasan bin Abdusy Syukur yang berusaha menerbitkan karya beliau. Syeikh Muhammad Azhari al- Falimbani telah menyebarkan Thariqat Sammaniyah-Khalwatiyah di tempat-tempat pengembaraannya terutama sekali di dunia Melayu.

Dalam dunia tarbiyah thariqah shufiyah yang dijalankannya, beliau adalah seorang tokoh yang melanjutkan tatacara yang dilakukan oleh Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani. Mengenai Thariqat Qadiriyah nampaknya nama beliau tidak begitu ditonjolkan kerana tenggelam dalam kebesaran kemursyidan Syeikh Ahmad Khathib Sambas.

» sumber:
http://ulama-nusantara.blogspot.com/2006/11/syeikh-muhammad-azhari-al-falimbani.html

51 pemikiran pada “Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani

  1. Saya adalah generasi ke3 keturunan Palembang di Malaysia. Dari permerhatian saya, sememangnya kedudukan Islam amat kuat di Palembang. Melihat dari nama-nama mereka yang berhijrah ke Tanah Melayu pada awal 1900an adalah sempena nama Nabi dan para sahabat. Umpamanya Ali, Abdullah, Salleh, Abdul Muluq, Mohammad, Sulaiman, Isa dsb.

    Andainya pengaruh Islam tidak begitu kuat, masakan nama berunsurkan Arab digunakan.

  2. Kepada Yth Admin Portal Palembang ( Info wong kito )

    Jika riwayat keturunan kami Syech Muhammad Azhari Al-Falimbani sebaiknya dapat dilengkapi dengan photo beliau, dan bila menginginkan photo beliau (Syech Muhammad Azhari Al-Falimbani) dapat menghubungi saya sebagai keturunan ‘Generasi ke 4’ nya di 0813 851 851 82 dan saya berdomisili di Jakarta

    Terima kasih atas kerjasamanya

    • asmklm cek apakah anda dari generasi dari garis ibu hj latifah cek kl saya dari garis nyimas hj hafsah mungkin kita masih satu keturunan slm kenal slm hormat buat keluarga klo bs cek saya bs melihat foto beliau krna saya br menanyanakan ke istri kh mansyur 26 ilir keluarga km tidak menyimpan foto beliau kl bs bagilah dulur nih wkslm fb saya helmifansyuri@ymail.com

    • mohon kira nya beri tahu saya. “Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani” itu kiai pedatuan apa bukan,setahu saya ,kiai pedatuan itu,kiai kemas abdullah azhary.yg juga buyut saya…

      • Syekh Muhammad Azhari ini berbeda dengan Kyai Pedatukan Kms H. Abdullah Azhari. Sebagian data di atas salah, terutama yang menyebutkan bahwa Kms H. Muhammad Azhari yang disebutkan sebagai Kyai Pedatukan padahal seharusnya gelar tersebut jatuh kepada anaknya yang bernama Kms H. Abdullah Azhari.

        Saya memiliki silsilah lengkap zuriat keluarga Kemas dari jalur Sunan Kudus. Silahkan Anda hubungi saya melalui facebook atau email ke ananda_kemas@yahoo.co.id

      • ASLMKM cek abdulah awak bener berarti anda kel umi nur(MEKKAH) yo slm kel..
        Buat kms ananda Syekh Muhammad Azhari mendapatkan gelar al falimbani saat dimekkah dan beliau pernah menjadi imam di MASJIDIL HARAM bs dicek ke cucu beliau K.H.M. ZEN SYUKRI dan anak beliau jg menggunakan gelar syech kms kh abdullah yg tercantum di silsilah kel beliau…wkmslm

    • kalu boleh tau,saya minta foto nya syeh muhammad azhary palembani,kalu foto kiai haji kemas Abdullah Azhary, saya ada… itu buyut saya..

      • tolong alamat Kemas Ismail Thoyib (cucu Kyai Pedatu’an yang beralamat di lorong Kemas Muhammad Akib Jalan Sayangan…alamat sebelum kebakaran) beliau adalah teman ayah saya di SMP Negeri 3 Palembang pada tahun 1962/1963 dan beliau pindah ke jakarta alamat di jalan Paseban no. 7….(Ayah saya bernama Kemas H. Djamil, cucu Syeikh Kemas Muhammad Azhari al-Falembani) Mohon bantuannya…terima kasih

    • Ass wr wb *Mangcik nak nanyo, Hasanuddin al-Falembani ini anak siapo?* (dari Mang Djamil/Kemas H. Djamil Ali Azhari, domisili -Pangkalpinang) – 08127855587

      • Aslkm dulur2 semua sekedar Informasi tambahan pada saat hampir bersamaan ulama yang menggunakan nama azhari ada 4 orang saya jelaskan disini
        1. Kemas Haji Muhammad Azhary seberang ulu di juluki Azhari Tuo, putranya
        2.Kemas Haji Abdullah Azhary atau kyai pedatukan
        3. Syeikh Kimas Datuk Ki H Muhammad Azhari Al Falembani / Syai Syech seberang ilir
        4. Azhari Imam
        Ulama ber ini masih ada hub kekerabatan…semoga info ini bermanfaat, agar para keturunan masing2 mengenal dari jalur mn dan informasi buat para pencinta sejarah agar sebelum memposting informasi tentang para ulama2 tsb agar dikonfirmasikan terlebih dahulu dgn keturunan2 yg benar mengetahui sejarah ulama2 tsb agar menghindari kerancuan dimasa depan juga menghindari tertukarnya data2 diantara para ulama ini..wslm

  3. KH.KMS.DATUK SYECH MUHAMMAD AZHARI AL-FALIMBANI
    Nama lengkap beliau : KH.DATUK MUHAMMAD AZHARI bin KEMAS H.ABDULLAH bisa dilihat silsilah dan karya karya beliau di FORUM DISKUSI :
    GOEGOEK KESULTANAN PALEMBANG DARUSSALAM

  4. ASLMKM…
    setahu saya salah satu dari cucu beliau masih ada sampe sekarang kl tidak salah K.H.M. ZEN SYUKRI ‘Beliau adalah anak bungsu dari pasangan H. Hasan Syukur bin H. Abdusy Syukur dan Nyimas Hj. Solha binti Muhammad Azhari

    kl tidak salah makam Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani didekat museum MIR SENEN lorong sekolah dekat dgn INTERNASIONAL PLASA

    • maaf setahu saya. makam sheh Muhammad azhary palembani .itu dimekka, dan makam anak beliau (kiai pedatuan.) kms.Abdullah Azhary ,itu baru di palembang.di 14 ulu naga swidak.

      • Cek Abdullah, yang dimaksud oleh artikel ini adalah Syekh Kemas Muhammad AZHARI, seorang ulama dari seberang Ilir. Sementara Syekh Kemas Muhammad AZHARY yang merupakan ayah dari Kemas Abdullah Azahary (Kyai Pedatuan) adalah ulama dari sebelang Ulu.

      • aku sudah dapet riwayat singkat seh muhammad azhary palembani,yg di ceritakan itu gabungan dari dua seh muhammad azhary palembani,ada 2 ulama,gelar sama,nama.sama,bin nya sama.cumabeda tahun nya,dimana yg diceritakan ini gabungan dari buyut nya Kiai zen sukri,sama piyut nya saya.

      • bin-nyo beda cek. cubo di cek lagi. Namonyo jugo beda. Yang sikok make Azhary yang sikok lagi make Azhari.

        Cek Abdullah ini tinggal dimano? dan anak siapo? bales lewat email bae cek, kulo soalnyo ado silsilah keluargo Kyai Pedatuan dan kulo kenal dengan sebagian keluargo dari jalur ini.

      • ana.KMS.Abdullah Azhary.bin KMS.Ibrahim AZhary{ cek,Im} Bin KMS MUhammad Azhary bin KMS. Kiai.Abdullah Azhary.{ kiai.pedatuan} Bin KMS SEH, muhammad Azhary Palembani,dulu di pedatuan 12 ulu, sekaranmg di perigi 2 ulu

    • cubo diralat dengen bener jangan sampe rancu antara Syech Kemas Muhammad Azhari al palimbani dengen kyai Pedatuan

      • kalu ananda kemas tau digelar bae di forum ini mano zuriat kyai pedatuan dan mano zuriat Azhari Al palimbani, dak katek salah nyo di gelar atawa di tulis disini jadi idak setak sekutung

      • Kalu antara Syeikh Kemas M. Azhari dengan Kyai Pedatuan dak mungkin tertukar karena namonyo jelas beda. Yang galak tertukar ini antara Syeikh Kemas M. Azhari dengan abahnyo Kyai Pedatuan yaitu Kemas Muhammad Azhary.

        Mohon maaf kulo dak pacak nuliske namo-namo zuriat dari Kyai Pedatuan disini, sebab menyangkut kerahasiaan nasab dan lain sebagainya.

    • perlu di garis bawahi bahwa Kemas Haji Muhammad Azhary seberang ulu di juluki Azhari Tuo dan Kemas Haji Abdullah Azhary atau kyai pedatukan adalah anak nya. sedangkan
      Syeikh Kemas Haji Muhammad Azhari al Falimbani seberang ilir dengan julukan Azhari mudo atau kyai syeikh

    • *Aslmkm. ww. sekilas informasi :
      ☆Syekh Muhammad Azhari bin Abdullah menikah dgn isteri I (pertama) Nyayu Fatmah binti Kgs H.M.Ma’ruf
      mempunyai anak 6 orang yakni :
      1.Hj.Nyimas Solha (ibundanya alm.
      K.H.M.Zen Syukri).
      2.Ki.Kms.H.Abd.Roni Azhari.
      3.Kms Abas Azhari.
      4.Hj.Nyimas Zaleha binti Syekh
      Muhammad Azhari.
      5.Hj.Nyimas Maryam binti Syekh
      Muhammad Azhari.
      6.Ki.Kemas H.Ali Azhari.
      *Adapun cucung-cucung Syekh
      Muhammad Azhari (dari isteri I) yang
      masih hidup sekarang ini yakni :
      1.Hj.Nyimas Fatimah Roni Azhari.
      2.Kemas H.Murni Roni Azhari.
      3.Nyimas Kalsum Ali Azhari.
      4.Hj.Nyimas Maryam Ali Azhari.
      5.Hj.Nyimas Rogayah Ali Azhari.
      6.Kemas H.Djamil Ali Azhari.
      (domisili Pangkalpinang – Babel)
      *Hp.08127855587
      Salam buat dzurriyat Syekh
      Muhammad Azhari Al-Falembani.
      * mengenai lokasi tempat pemakaman
      benar sekali (di Jl.Serelo Kebon Duku
      dekat Mir Senen/SMP Neg.2 Plg).
      Wassalam, Selamat berpuasa 1438 Hn

  5. baeklah buat sanak2 yang sudah tepencar biar yang masih zuriat buyut Azhari, kalu nak nyingok photo buyut silahkan ke facebook ku atas namo cek an, photo buyut Azhari yg aku punyo VALID ketika kutanyakan pada anak beliau yg belum lama wafat Nyimas Non di jakarta, di facebook aku bikin Group Generasi Azhari diaturi begabung cek

    • betul sekali cek an data yg cek punya sangat tepat betul 100% buat seluruh keturunan Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani gabung di fBnya cek an / generasi azhari al-palembani…

  6. Ass wr wb < saya kemas chairul iskandar anak dari H Kemas Komis bin Kemas Thoyib Azhary . Kalau yang dimaksud dengan Kemas Ismail Thoyib bin Kemas Thoyib Azhary yang ada dijakarta dan pernah tinggal di Paseban gang mayit maka beliau adalah paman saya dan sudah meninggal 20 tahun yang lalu kena serangan jantung di Palembng waktu menjenguk bibi saya cek ma . dan sekarang dimakamkan dimakam keluarga

    • Cek Chairul tinggal dimano? Kulo rencanonyo nak silaturahim dengan keturunan Kyai Pedatuan. Kalu pacak injuk alamat rumah atau nomor telpon yang pacak dihubungi lewat email kulo.

      Mokaseh banyak

  7. semua buku2 beliau dan silsilah keturunan kiyai oedatuan disimpan dalam keluarga kami.nenek saya adalah keturunannya dan lahir di rumah kiyai pedatuan…0812 78211168

  8. setau kamek dari kecik Syech kemas Haji Muhammad Azhari Al Palimbani jelas bergelar kemas dan keturunan dari Sunan Kudus, cuma waktu bingen idak dituangke dalem tulisan silsilah trus wong tuo2 sdh katek lagi, kami dak tau ngurut nyo, kalu ado yg punyo nasab keturunan beliau yg bersambung ke sunan kudus, tolong di gelar di forum ini biar jelas ! tks

    • Silsilah
      SYECH. KMS. DATUK. KI. H.MUHAMMAD AZHARI bin DATUK KI.H.ABDULLAH bin kh asyiquddin bin kh syaffiuddin bin KH muhammad hayahuddin bin KH abdullah jalalludin bin KH fatih jalaludin bin KH sholehuddin bin KH abullah alaudin bin KH wandung mahmud jalaluddin atau ki temenggung abdi negara bin PANGLIMA ABDURAHMAN / KI BODROWONGSO bin jakfar siddiq / SUNAN KUDUS / SUNAN UNDUNG PANGLIMA DEMAK BINTORO bin SYECH USTMAN /USMAN HAJI / SUNAN NGUNDUNG PANGLIMA DEMAK BINTORO bin ali nur ullah /syech ali akbar (kakak ali rahmatullah) / sunan ampel bin syech maulanan malik ibrahim asmara kandi (asal uzbekistan asia TENGAH) BIN SYECH MAULANA JAMALUDIN KUBRA (makam gunung merapi jawa tengah

  9. Yang mulia
    sejak tahunlalu saya belum mendapat jawaban mengenai keturunan Raden Azis an anak2 nja Raden Ayu Siti Chadijah, tjekAju, Dan Tjek Inut jg mengungsi ke Lampung dgn keluarga Palembang lainnja,
    nama saya Ratu. daeng.Intjik Rosanida Memed
    putri dari ntji Anna /tjek Idjah dgnTubagus Memed R-
    cucu dari Raden Aju Siti chadidjah dan Daeng Abdullah Akbar.
    nenek selalu memanggil saya Tjek ibu,kakek memberi panggilan dlm hidupnja, Daeng Ida. dr pappa saya bernama Ratu Rosanida Memed. kakek menikah lagi dgn Ratu Puji dari Lampung.saya tinggal di Swedia sdh 30 tahun. mohon keterangan

  10. perlu di garis bawahi bahwa Kemas Haji Muhammad Azhary seberang ulu di juluki Azhari Tuo dan Kemas Haji Abdullah Azhary atau kyai pedatukan adalah anak nya. sedangkan
    Syeikh Kemas Datuk Ki Haji Muhammad Azhari Al FALEMBANI seberang ilir dengan julukan Azhari mudo atau kyai syeikh.

    Silsilah
    SYECH. KMS. DATUK. KI. H.MUHAMMAD AZHARI bin DATUK KI.H.ABDULLAH bin kh asyiquddin bin kh syaffiuddin bin KH muhammad hayahuddin bin KH abdullah jalalludin bin KH fatih jalaludin bin KH sholehuddin bin KH abullah alaudin bin KH wandung mahmud jalaluddin atau ki temenggung abdi negara bin PANGLIMA ABDURAHMAN / KI BODROWONGSO bin jakfar siddiq / SUNAN KUDUS / SUNAN UNDUNG PANGLIMA DEMAK BINTORO bin SYECH USTMAN /USMAN HAJI / SUNAN NGUNDUNG PANGLIMA DEMAK BINTORO bin ali nur ullah /syech ali akbar (kakak ali rahmatullah) / sunan ampel bin syech maulanan malik ibrahim asmara kandi (asal uzbekistan asia TENGAH) BIN SYECH MAULANA JAMALUDIN KUBRA (makam gunung merapi jawa tengah

    SYECH. KMS. DATUK. KI. H.MUHAMMAD AZHARI bin KMS DATUK KI H ABDULLAHLAHIR : 9 RABIUL AWAL 1278 H / 1856 MWAFAT 16 JUMADIL AKHIR 1351 H/ 17 OKTOBER 1932 M (USIA 78 TAHUN)DIMAKAMKAN DI UNGKONAN GUBAH KEPANDEAN 18 ILIR PALEMBANGISTRI ; NYAYU HJ FATIMAH (PALEMBANG 19 ILIR)HJ UMI NUR (MEKKAH)HJ MAIMUNAH/ HJ NENG (PATANI-THAILAND(BATURAJA)HJ HALIMATUSSA DIYAH (BUGIS SULAWESI SELATAN)HJ FATIMA (SINGAPURA)

  11. hmmm kata ayah saya itu adalah kakek dari alm nenek saya dan barang peninggalan beliau masih ada diturunkan ke ayah saya dan photo beliau bersama kyai marogan

      • berarti keluarga saya bener termasuk keturunan Kemas Haji Muhammad Azhary seberang ulu di juluki Azhari Tuo dan Kemas Haji Abdullah Azhary atau kyai pedatukan adalah anak’a dan anak’a itu adalah nenek saya berarti karena kata ayah saya itu adalah kakek alm nenek saya

  12. Sekedar informasi tambahan tentang AZHARI MUDO / KIAI SYEIKH Perlu di garis bawahi bahwa
    1. Syeikh Kemas Haji Muhammad Azhari al Falimbani seberang ilir dengan julukan Azhari mudo atau kyai syeikh
    Wafat pada malam senin tanggal 16 Jumadil Akhir 1351 H atau bersamaan tanggal 17 Oktober 1932 M dalam usia 78 tahun dan Dimakamkan di Ungkonan Gubah Kepandean 18 Ilir Jln AKP.M.Amin Komplek Mesjid AL-FALAH Serelo Palembang
    Mempunyai 5 orang istri
    Istri Pertama Nyayu Fatimah ( kakak kandung dari KH Muhammad Azhari Katib Imam) (No 4)

    SYIAR ISLAM
    berdakwah tidak hanya disekitar palembang saja, tetapi sampai kedaerah pedalaman,diluar kota bahkan sampai ke manca negara (MALAYSIA,THAILAND,dll). Dipulau seribu beliau mendirikan sebuah mesjid yang sampai sekarang masih bisa di kunjungi, jabatan yang pernah disandangnya diantaranya Pengurus Mesjid Agung Sultan palembang, Komisaris Majelis Pertimbangan Agama Islam (MPII) palembang, Pengurus Lajnah Tanfiziyah Palembang, SYEIKH TAREKAT SAMMANIYAH, dll

    2. Kemas Haji Muhammad Azhari seberang ulu di juluki Azhari Tuo dan
    3. Kemas Haji Abdullah Azhari atau kyai pedatukan adalah anak nya. sedangkan
    4. KH muhammad Azahari Katib Imam (wafat tahun 1937 ) bin KG H. makruf ( katib penghulu wafat 1892 m) bin KGS Muhammad hasyim katib Penghulu wafat 1869 M bin Kiagus Haji Hsanudin bin Kgs M.Saleh

    Mereka bertiga (No 1 3 4) ini hidup dalam satu angkatan / generasi dan yang pertama dan ketiga ini belajar dalam satu perguruan di mekkah

  13. Assalamu’alaikum.
    kulo Kms M Fahmi bin Kms HM Husin bin Kms Abdurrohim bin Kms Arsyad
    nah minta tulung ke dulur di sini tentang nasab kami ni, karno putus di uyut Kms Arsyad.
    ayah kami (kms HM Husin) tinggal di lorong sehat, Kamboja 20 Ilir D3. Selaso pagi neruske zikir Aba Zen Syukri di Masjid Agung.
    bagi yang sedulur dan pacak bantu neruske nasab kami ni biso SMS/WA ke kulo.

    085351866836

  14. Datuk/kakek saya bernama Syed/Syeik Hj Hassan Bin Syed/Syeikh Kumas Hj Muhammad Zain(Lehuhur Terhenti disitu)
    Sedikit Sejarah mengenai almarhum datukku.
    Berasal dari Kampong Arab(tidak tahu dimana hilirnya)
    Berhijrah dari Palembang bersama 2 saudaranya Syed/Syeikh Hussin dan Syed/Syeikh Muhammad .Singgah pelayaran ke Singapura lalu Syed/Syeikh memilih negeri itu sebagai penempatannya. Maka S. Hassan dan S. hussin mengikut firasat melalui jalan laut Selat Melaka langsung terus ke Tanjong Kera@ dikenali bandar Temasyah JUGRA Selangor,Tanah Melayu sekarang Malaysia Zaman Kesultanan Selangoor ke 5 sultan Sir alauuddin Suleiman Shah Ibni Raja Muda Musa..Almarhum dilanti menjadi orangbesar istana dengan memakai gelaran Datuk Kaya Maha Kurnia Diraja Negeri Selangor.Dan adiknya syed/Syeikh Hussin menjadi Pengasas Kolej Islam di kampong jawa kelang…
    Soalannya Kemas dan Kumas itu dari perkataan yang sama leluhurnya ayau kebetulan sahaja? mohon menyelasaikan pemasalahan saya kerana saya percaya ramai saudaku di Palembang tapi sudah terputus..

    Hashim Bin Malek bin Syed/Syeikh hassan bin Kumas Hj Muhammad Zain
    (sampir situ luluhurnya tiada carta leluhur yang ditinggal atau disimpan cuma katanya nama moyangku Kumas Muhammad zain) mohon bantuan saudara saudaraku di Ulu dan hilir Palembang semoga ketemu. kami di Malaysia.

    email : hashim.malek@mbpj.gov.my
    whatsapp: 6017 2272032

Tinggalkan Balasan ke kemas Abdullah Azhary Batalkan balasan