infokito

Portal Palembang – Jembatan informasi dari kito untuk kito bersamo

Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani

Posted by infokito™ pada 9 Januari 2008

Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani
Penyambung Ulama Palembang

Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

Penyelidikan awal yang saya lakukan terhadap ulama besar ahli sufi yang berasal dari Palembang, Sumatera Selatan ini dimulai dengan terdapat sebuah kitab berjudul Badi’uz Zaman, karyanya yang disebut oleh Syeikh Ahmad al-Fathani dalam karyanya Al-Fatawal Fathaniyah. Ada satu permasalahan Syeikh Ahmad al-Fathani tidak sependapat dengan Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani itu, yaitu mengenai perbahasan sifat “harus bagi Allah”. Menurut Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani “harus bagi Allah ada empat perkara”, sedangkan menurut Syeikh Ahmad al-Fathani dan pendapat ulama ahli tauhid “harus bagi Allah itu hanya satu sahaja”, yaitu “memperbuat sekalian mungkin atau meninggalkannya”.

Bertahun-tahun saya mencari kitab Badi’uz Zaman karya Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani itu akhirnya diperoleh juga, bahkan banyak lagi karangan beliau selain itu dapat saya kumpulkan. Pada mulanya ada beberapa perkara yang saya ragukan terhadap ulama ini, di antaranya sebuah karyanya yang diselesaikan pada tahun 1259 Hijrah/1843 Masehi dan karya beliau yang terakhir disebutkan bahwa diselesaikan dalam tahun 1324 Hijrah/1906 Masehi.

Memperhatikan tahun yang tersebut itu berarti beliau telah hidup pada zaman Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan masih hidup pula pada zaman Syeikh Ahmad al-Fathani. Berarti dari penulisan pertama hingga yang terakhir memakan waktu sekitar 65 tahun. Mengenai nama beliau pula ada yang ditulis dengan menggunakan Muhammad bin Abdullah al-Azhari al-Falimbani dan yang lain dengan Muhammad Azhari bin Abdullah al-Falimbani.

Dalam buku Masuk dan Berkembangnya Islam di Sumatera Selatan, tercatat nama yang lain pula, iaitu Kiyai Haji Kemas Muhammad Azhari atau dikenal juga dengan sebutan Kiyai Syeikh dan Kiyai Pedatukan. Disebutkan juga riwayat yang sangat ringkas mengenainya, “Beliau sangat mendalami ajaran Islam, dan mungkin merupakan orang Indonesia pertama menuntut ilmu serta melakukan pengembaraan ke negeri-negeri Arab, Mesir, Syria, dan India serta negeri-negeri lainnya. Beliau diikuti oleh puteranya iaitu Haji Kemas Abdullah Azhary”(2).

Terakhir sekali biografi yang agak lengkap mengenai anaknya ditulis oleh Syeikh Yasin Padang dalam beberapa buah bukunya banyak dapat menolong ke arah jawaban kemusykilan-kemusykilan penyelidikan terhadap ulama ini.

PENDIDIKAN

Nama lengkapnya adalah As-Shufi as-Syeikh Muhammad Azhari bin Abdullah bin Muhammad Asyiquddin bin Shafiyuddin Abdullah al-’Alawi al-Husaini. Mengenai guru-guru beliau dalam beberapa tempat karyanya ada beliau catatkan di antaranya, “Maka inilah salasilah Thariqat al-Khalwatiyah as-Samaniyah, turun-turun tempat mengambil zikir dan kaifiyatnya bagi Wali Allah yang terlebih takut akan Allah Taala, iaitu Quthbur Rabbani dan arif yang shamadani, guru kita dan penghulu kita, iaitu asy-Syeikh Muhammad bin asy-Syeikh Abdul Karim as-Samani yang telah masyhur. Dan sesungguhnya telah mengambil talqin zikir ini oleh faqir Muhammad Azhari ibnu Abdullah al-Falimbani. Ia mengambil daripada asy-Syeikh Muhammad Aqib bin Hasanuddin al-Falimbani. Ia mengambil daripada asy-Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani. Ia mengambil daripada Quthbul Akwan Saiyidinasy Syeikh Muhammad Saman al-Madani…”

Pada tempat yang lain Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani menyebut Syeikh Ma’ruf bin Abdullah (belum jelas apakah sama dengan Syeikh Abdullah bin Ma’ruf seperti yang tersebut di atas). Selain itu beliau menyebut bahwa menerima Thariqat Qadiriyah kepada Syeikh Muhammad Zainuddin as-Sumbawi. Ia mengambil daripada Syeikh Muhammad Mukrim, Mufti Hamad di Syam. Menurut Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani lagi bahwa Syeikh Muhammad Zainuddin as-Sumbawi itu adalah penyusun kitab Tuhfatul Qudsiyah.

Pada bacaan hadiah al-Fatihah pula disebut beberapa orang ulama, iaitu Syeikh Abdul Lathif Musyarri’, Syeikh Abdur Rahman Musyarri’, Syeikh Abdullah Amin al-Haji Bastam. Kemungkinan yang beliau sebutkan ini adalah guru-guru beliau, yang beliau sebut sebagai Syaikhuna.

Belajar

Selain sumber asli Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani sendiri seperti yang telah dinukil di atas, daripada sumber Syeikh Yasin Padang pula beliau menyebut nama-nama guru Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani itu. Bahwa beliau belajar kepada ayahnya Syeikh Abdullah. Syeikh Abdullah belajar kepada ayahnya Syeikh Asyiquddin. Syeikh Asyiquddin belajar kepada beberapa orang ulama iaitu Muhammad Murad as-Sandi, Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi al-Madani, Muhammad bin Abdul Karim Saman, Abdul Wahhab at-Tantawi, Sa’id bin Hilal al-Makki. Semua ulama tersebut adalah murid kepada Ahmad bin Muhammad an-Nakhali, Abdullah bin Salim al-Basri dan Sayid Muhammad bin Abi Bakar asy-Syibli. Ketiga-tiga ulama ini adalah murid asy-Syamsu Muhammad bin al-’Ala al-Babili.

Kemudian Syeikh Yasin Padang menyebut pula daripada silsilah yang lain, bahwa Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani adalah murid kepada Syeikhah Fatimah binti Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani. Syeikhah Fatimah ini adalah murid ayahnya sendiri, iaitu Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, sanad/silsilah beliau ini ada beberapa jalur, tetapi tidak disebutkan di sini.

Dari silsilah lainnya Syeikh Yasin Padang menyebut pula bahwa Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani murid kepada Sayid Ahmad bin Muhammad al-Hadhrawi. Beliau adalah murid kepada ayah dan datuknya asy-Syihab Ahmad bin Ahmad al-Mansuri. Beliau murid kepada Sayid Muhammad Murtadha az-Zabidi, Muhammad al-Amir al-Kabir, Abi Abdillah Muhammad bin ‘Aqilah al-Makki al-Ahdal dan Abdul Ghafur as-Sandi.

Kesimpulan daripada silsilah/sanad di atas dan hasil kajian dari karya-karya Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani sendiri yang menyebut nama beberapa orang ulama yang berasal dari Palembang, terutama yang menjadi rujukan utama dan pegangan kukuh bagi beliau ialah Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, bahkan Syeikh Muhammad Azhari adalah murid Fatimah anak Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, maka dapat dipastikan bahwa beliau sebagai ulama penyambung aktivitas-aktivitas penulisan ulama Palembang.

Pada pandangan dan pendapat saya sesudah Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, Palembang, Sumatera Selatan nampaknya dalam kekeringan ulama yang terjun ke dunia penulisan kitab. Dengan kemunculan Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani yang pertalian keilmuannya mempunyai hubungan dengan ulama-ulama Palembang secara asli, maka dapatlah kita anggap bahawa beliaulah tokoh terbesar ulama Palembang sesudah Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani yang sangat terkenal itu.

KARYA-KARYA DAN PEMIKIRAN

Berikut ini karya-karya Syeikh Muhammad Azhari bin Abdullah al- Falimbani yang telah ditemui ialah:

1. ‘Atihyatur Rahman fi Bayani Qawa’idil Iman, ditulis pada tahun 1259 H/1843 M. Kitab ini banyak kali dicetak bersama karya gurunya Syeikh Muhammad Zainuddin bin Muhammad Badawi Sumbawi berjudul Sirajul Huda. ‘Athiyatur Rahman sentiasa dicetak di bahagian tepi Sirajul Huda

2. ‘Aqaidul Iman li Ma’rifatil Ilahir Rahman, diselesaikan di Mekah, 18 Safar 1309 Hijrah/1891 Masehi. Dicetak dengan huruf batu di Singapura pada 8 Syawal 1319 Hijrah/1901 Masehi, iaitu naskhah yang disalin oleh ‘Alwi bin Idrus al-’Aidrus.

3. Badi’uz Zaman fi Bayani ‘Aqaidil Iman, diselesaikan di Mekah, 21 Rabiulakhir 1310 Hijrah/1892 Masehi, cetakan pertama dan ketiga oleh Mathba’ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah (pertama 1310 Hijrah dan ketiga 1329 Hijrah).

4. Bidayatur Rahman, 1324 Hijrah/1906 Masehi. Pernah dicetak oleh Mathba’ah al-Miriyah, Mekah, 1330 Hijrah/1911 Masehi.

5. Amalan Doa ‘Ukasyah Bergantung Makna Serta Dengan Syarahnya, tanpa disebutkan tarikh penulisan. Dicetak di tempat Haji Muhammad Sa’id bin Haji Arsyad, Singapura. Cetakan ini diusahakan oleh seorang muridnya Hasan bin Abdusy Syukur.

Tasawuf

Apabila kita mengkaji pemikiran Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani, maka sebahagian besar jalan pemikirannya menjurus kepada pemikiran tasawuf dan sedikit pemikirannya mengenai tauhid. Selain itu dari sudut sastra Melayu beliau juga menggubah beberapa untaian syair.

Menurut Syeikh Muhammad Azhari bahwa jalan tetap iman itu ada kalanya mengambil dalil daripada ayat al-Quran, hadis dan pandangan yang membawa kepada ‘ilmul yaqin‘, dan adakalanya dengan ‘musyahadah‘ akan ‘Kamal Sifat-Nya‘. Syeikh Muhammad Azhari, memetik pendapat Syeikh Tusi, mengenai martabat orang ‘ahli syuhud’, yang diuraikan dengan agak panjang.

KETURUNAN DAN MURID

Mengenai anak Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani yang menjadi ulama terdapat dua sumber dalam karya bahasa Arab. Kedua-duanya ialah tulisan Syeikh Abdullah Mirdad Abul Khair judul Nasyrun Naur waz Zahar. Sumber yang kedua ialah karya Syeikh Yasin Padang dalam Tasyniful Asma’ Syuyuhil Ijazah was Sama’, juga dalam Bulughul Amani.

Syeikh Muhammad Azhari telah mendidik anaknya itu, kemudian menyerahkannya belajar kepada beberapa orang ulama terkenal di Mekah. Anak beliau yang tersebut bernama Syeikh Abdullah Azhari, lahir di Mekah, menurut Syeikh Abdullah Mirdad Abul Khair. Tetapi menurut Syeikh Yasin Padang, bahawa beliau lahir di Palembang, malam Khamis, 18 Syaaban 1279 Hijrah/1862 Masehi. Wafat pada hari Ahad, 16 Zulkaedah 1357 Hijrah/1938 Masehi, dalam usia lebih kurang 78 tahun. Pada masa hidupnya bergiat dalam mengajar di Mekah dan usaha penanganan Syeikh Haji.

Keturunan beliau selanjutnya tidak disebut dalam karya kedua penulis yang tersebut, namun sampai pada masa berakhirnya sistem Syeikh Haji di Mekah masih terdapat tanda nama Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani. Ini bererti keturunan beliau masih aktif dalam pengurusan Syeikh Haji di Mekah pada masa itu.

Selain Syeikh Abdullah Azhari sebagai anak, sekaligus adalah muridnya, barangkali ada banyak murid Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani itu, di antaranya ialah Haji Hasan bin Abdusy Syukur yang berusaha menerbitkan karya beliau. Syeikh Muhammad Azhari al- Falimbani telah menyebarkan Thariqat Sammaniyah-Khalwatiyah di tempat-tempat pengembaraannya terutama sekali di dunia Melayu.

Dalam dunia tarbiyah thariqah shufiyah yang dijalankannya, beliau adalah seorang tokoh yang melanjutkan tatacara yang dilakukan oleh Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani. Mengenai Thariqat Qadiriyah nampaknya nama beliau tidak begitu ditonjolkan kerana tenggelam dalam kebesaran kemursyidan Syeikh Ahmad Khathib Sambas.

» sumber:
http://ulama-nusantara.blogspot.com/2006/11/syeikh-muhammad-azhari-al-falimbani.html

32 Tanggapan to “Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani”

  1. azlan berkata

    Saya adalah generasi ke3 keturunan Palembang di Malaysia. Dari permerhatian saya, sememangnya kedudukan Islam amat kuat di Palembang. Melihat dari nama-nama mereka yang berhijrah ke Tanah Melayu pada awal 1900an adalah sempena nama Nabi dan para sahabat. Umpamanya Ali, Abdullah, Salleh, Abdul Muluq, Mohammad, Sulaiman, Isa dsb.

    Andainya pengaruh Islam tidak begitu kuat, masakan nama berunsurkan Arab digunakan.

  2. infokito™ berkata

    salam kenal dan salam hangat dari kami :)

  3. Hasanuddin Al Falimbani berkata

    Kepada Yth Admin Portal Palembang ( Info wong kito )

    Jika riwayat keturunan kami Syech Muhammad Azhari Al-Falimbani sebaiknya dapat dilengkapi dengan photo beliau, dan bila menginginkan photo beliau (Syech Muhammad Azhari Al-Falimbani) dapat menghubungi saya sebagai keturunan ‘Generasi ke 4′ nya di 0813 851 851 82 dan saya berdomisili di Jakarta

    Terima kasih atas kerjasamanya

    • kemas helmi fansyuri berkata

      asmklm cek apakah anda dari generasi dari garis ibu hj latifah cek kl saya dari garis nyimas hj hafsah mungkin kita masih satu keturunan slm kenal slm hormat buat keluarga klo bs cek saya bs melihat foto beliau krna saya br menanyanakan ke istri kh mansyur 26 ilir keluarga km tidak menyimpan foto beliau kl bs bagilah dulur nih wkslm fb saya helmifansyuri@ymail.com

    • kemas Abdullah Azhary berkata

      mohon kira nya beri tahu saya. “Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani” itu kiai pedatuan apa bukan,setahu saya ,kiai pedatuan itu,kiai kemas abdullah azhary.yg juga buyut saya…

      • anandakemas berkata

        Syekh Muhammad Azhari ini berbeda dengan Kyai Pedatukan Kms H. Abdullah Azhari. Sebagian data di atas salah, terutama yang menyebutkan bahwa Kms H. Muhammad Azhari yang disebutkan sebagai Kyai Pedatukan padahal seharusnya gelar tersebut jatuh kepada anaknya yang bernama Kms H. Abdullah Azhari.

        Saya memiliki silsilah lengkap zuriat keluarga Kemas dari jalur Sunan Kudus. Silahkan Anda hubungi saya melalui facebook atau email ke ananda_kemas@yahoo.co.id

      • hamba ALLAH berkata

        ASLMKM cek abdulah awak bener berarti anda kel umi nur(MEKKAH) yo slm kel..
        Buat kms ananda Syekh Muhammad Azhari mendapatkan gelar al falimbani saat dimekkah dan beliau pernah menjadi imam di MASJIDIL HARAM bs dicek ke cucu beliau K.H.M. ZEN SYUKRI dan anak beliau jg menggunakan gelar syech kms kh abdullah yg tercantum di silsilah kel beliau…wkmslm

    • AHMAD berkata

      ass…q org lubuk linggau q mtk sil silah nya pacak dak ?

    • kemas Abdullah Azhary berkata

      kalu boleh tau,saya minta foto nya syeh muhammad azhary palembani,kalu foto kiai haji kemas Abdullah Azhary, saya ada… itu buyut saya..

      • Nyimas Nindia berkata

        tolong alamat Kemas Ismail Thoyib (cucu Kyai Pedatu’an yang beralamat di lorong Kemas Muhammad Akib Jalan Sayangan…alamat sebelum kebakaran) beliau adalah teman ayah saya di SMP Negeri 3 Palembang pada tahun 1962/1963 dan beliau pindah ke jakarta alamat di jalan Paseban no. 7….(Ayah saya bernama Kemas H. Djamil, cucu Syeikh Kemas Muhammad Azhari al-Falembani) Mohon bantuannya…terima kasih

  4. kemas helmi fansyuri berkata

    KH.KMS.DATUK SYECH MUHAMMAD AZHARI AL-FALIMBANI
    Nama lengkap beliau : KH.DATUK MUHAMMAD AZHARI bin KEMAS H.ABDULLAH bisa dilihat silsilah dan karya karya beliau di FORUM DISKUSI :
    GOEGOEK KESULTANAN PALEMBANG DARUSSALAM

  5. hamba ALLAH berkata

    ASLMKM…
    setahu saya salah satu dari cucu beliau masih ada sampe sekarang kl tidak salah K.H.M. ZEN SYUKRI ‘Beliau adalah anak bungsu dari pasangan H. Hasan Syukur bin H. Abdusy Syukur dan Nyimas Hj. Solha binti Muhammad Azhari

    kl tidak salah makam Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani didekat museum MIR SENEN lorong sekolah dekat dgn INTERNASIONAL PLASA

    • kms.Abdullah Azhary berkata

      maaf setahu saya. makam sheh Muhammad azhary palembani .itu dimekka, dan makam anak beliau (kiai pedatuan.) kms.Abdullah Azhary ,itu baru di palembang.di 14 ulu naga swidak.

      • anandakemas berkata

        Cek Abdullah, yang dimaksud oleh artikel ini adalah Syekh Kemas Muhammad AZHARI, seorang ulama dari seberang Ilir. Sementara Syekh Kemas Muhammad AZHARY yang merupakan ayah dari Kemas Abdullah Azahary (Kyai Pedatuan) adalah ulama dari sebelang Ulu.

      • kemas.abdullah azhary berkata

        aku sudah dapet riwayat singkat seh muhammad azhary palembani,yg di ceritakan itu gabungan dari dua seh muhammad azhary palembani,ada 2 ulama,gelar sama,nama.sama,bin nya sama.cumabeda tahun nya,dimana yg diceritakan ini gabungan dari buyut nya Kiai zen sukri,sama piyut nya saya.

      • anandakemas berkata

        bin-nyo beda cek. cubo di cek lagi. Namonyo jugo beda. Yang sikok make Azhary yang sikok lagi make Azhari.

        Cek Abdullah ini tinggal dimano? dan anak siapo? bales lewat email bae cek, kulo soalnyo ado silsilah keluargo Kyai Pedatuan dan kulo kenal dengan sebagian keluargo dari jalur ini.

      • kemas.abdullah azhary berkata

        ana.KMS.Abdullah Azhary.bin KMS.Ibrahim AZhary{ cek,Im} Bin KMS MUhammad Azhary bin KMS. Kiai.Abdullah Azhary.{ kiai.pedatuan} Bin KMS SEH, muhammad Azhary Palembani,dulu di pedatuan 12 ulu, sekaranmg di perigi 2 ulu

      • anandakemas berkata

        Ado alamat email dak cek samo nomor telpon? tolong dikirim ke ananda_kemas@yahoo.co.id

      • kemas.abdullah azhary berkata

        ione 3330@yahoo.co.id. no tlp 081933393330

    • buyut nyo Azhari Al Palimbani berkata

      cubo diralat dengen bener jangan sampe rancu antara Syech Kemas Muhammad Azhari al palimbani dengen kyai Pedatuan

      • buyut nyo Azhari Al Palimbani berkata

        kalu ananda kemas tau digelar bae di forum ini mano zuriat kyai pedatuan dan mano zuriat Azhari Al palimbani, dak katek salah nyo di gelar atawa di tulis disini jadi idak setak sekutung

      • anandakemas berkata

        Kalu antara Syeikh Kemas M. Azhari dengan Kyai Pedatuan dak mungkin tertukar karena namonyo jelas beda. Yang galak tertukar ini antara Syeikh Kemas M. Azhari dengan abahnyo Kyai Pedatuan yaitu Kemas Muhammad Azhary.

        Mohon maaf kulo dak pacak nuliske namo-namo zuriat dari Kyai Pedatuan disini, sebab menyangkut kerahasiaan nasab dan lain sebagainya.

  6. cek an berkata

    baeklah buat sanak2 yang sudah tepencar biar yang masih zuriat buyut Azhari, kalu nak nyingok photo buyut silahkan ke facebook ku atas namo cek an, photo buyut Azhari yg aku punyo VALID ketika kutanyakan pada anak beliau yg belum lama wafat Nyimas Non di jakarta, di facebook aku bikin Group Generasi Azhari diaturi begabung cek

    • Mashel Aja berkata

      betul sekali cek an data yg cek punya sangat tepat betul 100% buat seluruh keturunan Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani gabung di fBnya cek an / generasi azhari al-palembani…

  7. kemas Chairul Iskandar berkata

    Ass wr wb < saya kemas chairul iskandar anak dari H Kemas Komis bin Kemas Thoyib Azhary . Kalau yang dimaksud dengan Kemas Ismail Thoyib bin Kemas Thoyib Azhary yang ada dijakarta dan pernah tinggal di Paseban gang mayit maka beliau adalah paman saya dan sudah meninggal 20 tahun yang lalu kena serangan jantung di Palembng waktu menjenguk bibi saya cek ma . dan sekarang dimakamkan dimakam keluarga

    • anandakemas berkata

      Cek Chairul tinggal dimano? Kulo rencanonyo nak silaturahim dengan keturunan Kyai Pedatuan. Kalu pacak injuk alamat rumah atau nomor telpon yang pacak dihubungi lewat email kulo.

      Mokaseh banyak

  8. jingga berkata

    semua buku2 beliau dan silsilah keturunan kiyai oedatuan disimpan dalam keluarga kami.nenek saya adalah keturunannya dan lahir di rumah kiyai pedatuan…0812 78211168

  9. buyut nyo Azhari Al Palimbani berkata

    setau kamek dari kecik Syech kemas Haji Muhammad Azhari Al Palimbani jelas bergelar kemas dan keturunan dari Sunan Kudus, cuma waktu bingen idak dituangke dalem tulisan silsilah trus wong tuo2 sdh katek lagi, kami dak tau ngurut nyo, kalu ado yg punyo nasab keturunan beliau yg bersambung ke sunan kudus, tolong di gelar di forum ini biar jelas ! tks

  10. Yang mulia
    sejak tahunlalu saya belum mendapat jawaban mengenai keturunan Raden Azis an anak2 nja Raden Ayu Siti Chadijah, tjekAju, Dan Tjek Inut jg mengungsi ke Lampung dgn keluarga Palembang lainnja,
    nama saya Ratu. daeng.Intjik Rosanida Memed
    putri dari ntji Anna /tjek Idjah dgnTubagus Memed R-
    cucu dari Raden Aju Siti chadidjah dan Daeng Abdullah Akbar.
    nenek selalu memanggil saya Tjek ibu,kakek memberi panggilan dlm hidupnja, Daeng Ida. dr pappa saya bernama Ratu Rosanida Memed. kakek menikah lagi dgn Ratu Puji dari Lampung.saya tinggal di Swedia sdh 30 tahun. mohon keterangan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

 
Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

Bergabunglah dengan 36 pengikut lainnya.

%d bloggers like this: